2 Mac

Aku baru bukak blog kak P-Nut.

Birthday Umairah rupanya sama dengan birthday Mat Jan. Agak-agak kalau aku mohon tukar tarikh lahir, JPN layan tak?

Imtiyyaz Umairah

Nama dia Imtiyyaz Umairah
3.2kg berat dia. Comel macam abah dia.
Kata Salina, jangan perutnya comel macam perut abah dia dah la.

Syukur pada-MU ya Allah atas kurniaan ini.

Foto

Update aku sentiasa ada di

fotopages aku

Dia Telah Tiada

Dia datang cuma sekejap. Sekadar menjengah alam ini seketika.
Dan hadirnya tidak sempurna. Jantung berlubang, buah pinggang tidak berfungsi.
Dubur tiada. Jantina pun agak diragui.

Berita tersebut aku terima. Redha walaupun sedih.
Dan mendoakan yang terbaik untuk dia.

Namun
Dia pergi jua
Tinggalkan kami.
Tanggal 19 Ogos 11 pagi.
Doktor sahkan dia telah tiada.
Aku redha, walaupun sedih.
Terdetik dalam hati.
Awal sangat kau pergi.
Tinggalkan Ayah Long.
Tanpa sempat Ayah Long tatap.
Wajahmu untuk seketika.

Untuk adik tersayang.
Sabarlah
Redhalah dengan segala
Ketentuan dariNYA

Dealova


Tak Percaya Kuasa Dua

Aku belum lagi kebah dari ketidakpercayaan status aku sebagai suami orang. Sungguh aku masih tak percaya.

Petang Sabtu yang terik.

Klinik Ilham, Muar.

Doc : Bila last period
Isteri : 2 Jun Doc.
Doc : OooOO, kejap kejap saya tengok.

Diam, doktor pusing pusing benda bulat macam jam.

Doc : Haaa, kalau takde apa-apa masalah, 9 Mac 2007.
Aku : Ye ke doc.
Doc : Dah buat pregnency test?
Aku : Dah.
Doc : Bila
Aku : Dua minggu lepas.
Doc : Result?
Aku : Positif.
Doc : Ok la tuh
Aku : Tapi kami nikah 4 Jun doc.
Doc : Awak biar betul….
Aku : Betul la doc. Takkan saya nak main-main.
Doc : Okey, kita scan.

Atas katil rawatan, Isteri baring.

Doc : Ha, yang tuh besar atas tuh pundi kencing. Yang bawah kecik tuh baby la tu. nanti kita check bila mesin ni pulak estimate.

Doktor tekan tekan punat pada alat pengimbas.
Tarikh tertera, 07/03/07.

Doc : Hah. kan tak lari jauh dari tarikh saya estimate. Tahniah.

Aku diam. Dalam hati ada pesta bunga api

Syukur Ya Allah atas segala nikmat dah rezeki kurniaanMU

Al-Fatihah

Sampai masanya.
Tanpa sedar
Dia pergi jua.

Al Fatihah untuk CikNana.

Gajah, Naga

Hmmm, bila dengar lagu P. Ramlee dan Saloma, baru aku tau gajah tu hensem dan Naga tu tak hensem.

Dalam Air Terbayang Wajah

Dalam air ku terbayang wajah
Adikku yang ku puja
Tenteram semula hati gundah
Dapat mambang indah

Di ingatan ku terlukis wajah
Abang ku yang gagah
Baik budi serta ramah tamah
Handsome macam gajah
Rasa di hati masam-masam manis
Rindu asmara

Kanda ku jangan nangis
Hilang rupa lawa
Timbul rupa naga

Kalau hidup tak begurau senda
Hilang nikmat cinta
Bila rindu mendebarkan dada
Tahan nafas sahaja

Kalau hidup tak bergurau senda
Hilang nikmat cinta
Bila rindu mendebarkan dada
Sembunyi bawah tangga

kena Tag

4 jobs i will stink at:
- Tatau
- entah
- Takde kot
- Haaa, kerja2 yang haram.. Soleh tak jawapan aku?

4 nicknames i making for myself:
- sayangmama
- Am
- Zam
- Matt jehe

4 movies i can watch over & over:
- 10 things i hate about u
- Save The Last Dance
- Young & Dangerous 1-6
- Armageddon

4 alcoholic beverages i enjoy from time to time:
- Singo Beng so kak!!! Ahahahaha.. Jange saloh pahe, kawe odar singo beng atau bahaso betulnyo Limau Ais. heheh.. Bukan beer Singha tuh dehh.

4 fantastic destination i would like to go on vacation before i pass out:
- Spain
- France
- Brazil
- Hawaii

4 celebrities i would go on big date with:
- Preity Zinta
- Preity Zinta
- Preity Zinta
- Preity Zinta

4 objects i can’t live without:
- Kereta
- pc bersambung Internet
- Dunhill wif lighter
- Bini terchenta!

4 gadgets i do not have which i would like to have:
- Nikon D2Xs
- AF-S VR Zoom-Nikkor 70-200mm f/2.8G IF-ED
- EOS 1Ds Mark II
- Power Mac G5 Quad 2.5GHz

4 wannabe bloggers tagged:
-Daun
-Nida
-Salina
-Neslo

Bagan Lalang

terima kasih sebab datang bagan lalang. ko mmg best. anis sgt sporting. mmg buleh jadi geng jenel.. ahaha.. cepat! upload gambar. ini adalah satu arahan.. muahaha..

Comment by amyz — June 26, 2006 @ 5:28 am

Dulu, lepas aktiviti GJ, boleh balik rumah. Bukak PC edit gambar. sehari dua lepas tu boleh upload.

Sekarang lepas aktiviti GJ, bini aku ajak pegi shopping dulu. Lepas shopping, balik rumah abang dia. Esoknya pulak, kena hantar dia balik Muar. Hantar dengan kereta tau. Bukan naik bas. Takkan nak biar bini naik bas. Kalau jadik apa-apa, mentua aku mesti salahkan aku. Lagipun, sapa tak sayang bini oi. Pagi tadi sebelum subuh dah kena bertolak balik UPM, masuk kerja.

Kejap lagi baru nak edit gambar.
Sekarang aku dah ada bini. Sibuklahhh.