Bagan Lalang

terima kasih sebab datang bagan lalang. ko mmg best. anis sgt sporting. mmg buleh jadi geng jenel.. ahaha.. cepat! upload gambar. ini adalah satu arahan.. muahaha..

Comment by amyz — June 26, 2006 @ 5:28 am

Dulu, lepas aktiviti GJ, boleh balik rumah. Bukak PC edit gambar. sehari dua lepas tu boleh upload.

Sekarang lepas aktiviti GJ, bini aku ajak pegi shopping dulu. Lepas shopping, balik rumah abang dia. Esoknya pulak, kena hantar dia balik Muar. Hantar dengan kereta tau. Bukan naik bas. Takkan nak biar bini naik bas. Kalau jadik apa-apa, mentua aku mesti salahkan aku. Lagipun, sapa tak sayang bini oi. Pagi tadi sebelum subuh dah kena bertolak balik UPM, masuk kerja.

Kejap lagi baru nak edit gambar.
Sekarang aku dah ada bini. Sibuklahhh.

Update!

Aku tak tahu nak tulis apa. Tapi sebab jeles tengok Nida update tetiap hari, aku pun nak tulis entry jugak. Sekian entry saya hari ini.

Nota Lutut : Petang ni bini aku datang. Esok Insya Allah kita jumpa di Bagan Lalang.

Kira-kira

Sigi, loro telu papat limo, nenem, pitu wolu songo coro!
coro?

Wak wak sekelian, coro tuh betul ke maknanya LIPAS?

Dulu

Dulu seringgit makan sorang. Sekarang seringgit kena bagi dua.
Gomen bulan ni gaji 22 hb kan?
Aduhai!

Aku Suami Orang!

Gila! Macam tak percaya.
Tapi Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar.
Lama sungguh aku cuti. Seminggu di Muar.
Hampir seminggu di Kelantan.
Sempat berkenal-kenalan dengan adik beradik.
Sempat basuh periuk besar tong.
Hahahaha. Korang jangan tiru Yadziz
Dia ngelat. Lari balik taknak basuk kawah.
Hahahahaha