Dia Telah Tiada

Dia datang cuma sekejap. Sekadar menjengah alam ini seketika.
Dan hadirnya tidak sempurna. Jantung berlubang, buah pinggang tidak berfungsi.
Dubur tiada. Jantina pun agak diragui.

Berita tersebut aku terima. Redha walaupun sedih.
Dan mendoakan yang terbaik untuk dia.

Namun
Dia pergi jua
Tinggalkan kami.
Tanggal 19 Ogos 11 pagi.
Doktor sahkan dia telah tiada.
Aku redha, walaupun sedih.
Terdetik dalam hati.
Awal sangat kau pergi.
Tinggalkan Ayah Long.
Tanpa sempat Ayah Long tatap.
Wajahmu untuk seketika.

Untuk adik tersayang.
Sabarlah
Redhalah dengan segala
Ketentuan dariNYA

2 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://sayangmama.blogsome.com/2006/08/21/dia-telah-tiada/trackback/

  1. takziah!

    Comment by trex — August 21, 2006 @ 5:14 am

  2. takziah…

    Comment by farihah — August 24, 2006 @ 4:14 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>